![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEh3PIbxEjU65o1bdGcNguLgVeuMMsnYcRD9BXzNldly4QMMdbiCVYaGEPRN1xkhJZABCnjLyofVYJUFeGiqO6lJvAA5araHh0OfoKctBith-iafn5YIyy9qND2P3O0boGfZhlYT7lyg3rgf/s1600/al+kurma.jpg)
Firman Allah SWT yang bermaksud: Dan Dialah yang menurunkan air
hujan dari langit, lalu Kami tumbuhkan dengan air itu segala macam
tumbuh-tumbuhan. Maka Kami keluarkan dari tumbuh-tumbuhan itu tanaman yang
menghijau. Kami keluarkan dari tanaman yang menghijau itu biji yang banyak; dan
dari mayang kurma mengurai tangkai-tangkai yang menjulai, dan kebun-kebun
anggur, dan zaitun dan delima yang serupa dan yang tidak serupa. Perhatikanlah
buahnya di waktu pohonnya berbuah dan kematangannya. Sesungguhnya pada yang
demikian itu ada tanda-tanda (kekuasaan Allah) bagi orang-orang yang beriman.
Khasiat kurma "Ajwa" sebagaimana yang tersebut di
dalam hadis di atas merupakan satu kelebihan yang dikurniakan Allah SWT sesuai
dengan kemuliaannya sebagai jenis kurma pertama yang ditanam sendiri oleh
Rasulullah SAW. Di antara 600 jenis kurma, Kurma Ajwa merupakan jenis kurma
yang paling tinggi nutrisinya dan juga nilai perubatan yang paling tinggi.
Menurut "Compendian of Materia Medical", Kurma
mempunyai fungsi untuk meningkatkan tenaga dalaman, melegakan batuk serta
menguatkan paru-paru, menghilangkan kahak dan asma, ia juga boleh meningkatkan
proses tumbesaran dan sistem imunisasi kanak-kanak, serta mengurangkan masalah
sembelit. Bagi pelajar atau pekerja yang tidak sempat untuk mengambil sarapan
pagi, 3 biji kurma dapat membekalkan nutrisi dan stamina yang diperlukan
sepanjang pagi. Kurma juga merupakan makanan penting untuk ibu yang sedang
mengandung dan selepas bersalin, ia boleh mengawal tekanan darah dan mencegah
metroragia. Perubatan moden juga telah membuktikan kurma boleh membantu gusi
gigi, memulihkan sakit perut, anti diarea dan hemostasis.
Kesimpulannya, kurma merupakan makanan kesihatan semulajadi yang
komprehensif.
Fungsi
Ener Al-Kurma
Kombinasi Serat dan Kalium yang tinggi, pilihan terbaik untuk
melangsingkan badan.
Kaya dengan Kumpulan Vitamin B, sesuai untuk menjaga kejelitaan
Kandungan glukosa yang tinggi,tidak memudaratkan kesihatan badan
.
Sembelit --- Ener Al-Kurma menggalakkan pertumbuhan bakteria
baik dalam Usus untuk membantu proses perkumuhan.
Melangsingkan badan --- minum bersama yogurt, membantu
penyahtoksinan dan memberi tenaga.
Melindungi hati --- Minum Ener Al-kurma pada waktu pagi boleh
membantu menyahtoksikkan logam berat dan toksin asid daripada hati.
Waktu kedatangan haid --- Ener Al-kurma menambahkan keperluan
kalsium dan zat besi kepada wanita.
Ener Al-kurma mengandungi glukosa dan fruktosa yang tinggi,
tetapi sukrosa adalah sangat sedikit, tidak membawa kepada masalah obesiti.
Ener Al-kurma kaya dengan fruktosa semulajadi,mudah untuk
penghadaman,digunakan sebagai gula gantian kepada pesakit kencing manis. Selain
itu, paras kolesterol juga rendah, tidak perlu bimbang tentang obesiti,
sebaliknya kaya dengan vitamin dan mineral, menggalakkan fungsi badan untuk
mencapai kesihatan optima.
Satu laporan daripada PURDUE UNIVERSITY, Amerika Syarikat, kurma
mempunyai fungsi-fungsi seperti berikut : menguatkan gastrousus, menghilangkan
panas badan, melegakan kahak, menguatkan sistem pembiakkan, mengawal kanser dan
tumor, menguatkan daya ketahanan, membantu penghasilan hormon, melegakan
cirit-birit,sembelit,asma,sakit bahagian dada,Anemia dan sebagainya.
![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgUoYR-ej-TXW0k1BqvY0fDdnG-58PJA5wdEtXbyJzguu6mPYEIwq78rGmIik86WETuWbQyHoN14kF3JSDVi6X4vbAgtrNJIJeADox661CMK3VIg99r-def9c95L0pMSx41jSCoOKyVulOw/s1600/al+kurma2.jpg)
ENER AL-KURMA (12 botol/kotak)
RM238.00 + FREE DELIVERY
BELI 4 RM830.00 (JIMAT RM122.00)
Soalan Yang Sering
Ditanya - Ener Ener Al-Kurma
Q1: Apakah perbezaan
antara Ener Ener Al-Kurma dengan jus kurma yang lain?
J:
No
|
Butiran
|
Ener Ener Al-Kurma
|
Jus Kurma Lain
|
1
|
Jenis Kurma
|
Dibuat daripada Kurma yang paling tinggi
nilai khasiat iaitu Kurma Ajwa
|
Jenis kurma biasa
|
2
|
Buah
|
Menggunakan buah segar dan buah kering,
diimport dari Arab Saudi
|
Buah kering
|
3
|
Teknik Penghasilan
|
Melalui proses penapaian dan ionisasi yang
berteknologi tinggi, mengekalkan semua khasiat dan bermolekul kecil
|
Melalui teknik pemanasan, khasiat kurma
dirosakkan, seperti " air gula"
|
4
|
Kaedah Penghasilan
|
Teknologi canggih, syarikat memegang hak
cipta
|
Tiada hak cipta
|
5
|
Nilai Khasiat
|
Sangat tinggi
|
Sangat rendah, mungkin tiada khasiat
|
Q2: Bolehkah pesakit kencing manis minum Ener Ener Al-Kurma?
J: Boleh, ini disebabkan gula yang terkandung dalam Ener
Al-Kurma adalah dalam bentuk Glukosa dan Fruktosa, dimana bentuk gula adalah
sangat ringkas dan akan terus digunakan oleh badan untuk menjadi tenaga,
terutamanya kepada bahagian otak. Tetapi dihadkan satu botol sehari.
Q3: Dari manakah buah
kurma Ajwa untuk penghasilan Ener Ener Al-Kurma diimport?
J: Dari Arab Saudi.
Q4: Dimanakah Ener
Ener Al-Kurma dihasilkan?
J: Ener Ener Al-Kurma dihasilkan oleh satu kilang di Malaysia
yang mendapat kelulusan GMP dan HACCP dari kerajaan Malaysia.
Q5: Terdapat sedikit
mendapan pada Ener Ener Al-Kurma, bolehkah ia diminum lagi? Ada kesan sampingan
kepada kita?
J: Tentu boleh diminum dan tidak ada kesan sampingan kerana
mendapan yang terdapat pada Ener Ener Al-Kurma sebenarnya adalah serat atau
fiber dari kulit kurma, ia adalah serat paling baik untuk badan kita, mempunyai
fungsi untuk membersihkan usus dan menyerap toksin daripada badan.
Q6: Bolehkan Ener Ener
Al-Kurma diminum oleh bayi yang berusia setahun ke atas dan berapa kuantiti
yang sesuai? Apakah kelebihannya?
J: Bayi yang berusia setahun ke atas memang boleh minum Ener
Ener Al-Kurma, sebotol sehari dan masa yang sesuai adalah pada 10 hingga 11
pagi atau 2 hingga 3 petang. Ener Ener Al-Kurma adalah terdiri daripada glukosa
yang sangat ringkas dan akan terus digunakan oleh badan untuk menjadi tenaga,
terutamanya kepada bahagian otak, keadaan ini akan memberi kecergasan dan daya
kepintaran kepada bayi yang sedang membesar.
Q7: Adakah Ener Ener
Al-Kurma boleh digunakan sebagai makanan gantian? Maksudnya untuk orang yang
hendak menguruskan badan!
J: Ener Ener Al-Kurma tidak boleh digunakan sebagai makanan
gantian terutama mereka yang hendak menguruskan badan. Untuk menguruskan badan,
kita mesti mengambil makanan yang seimbang di mana makanan tersebut mesti
terdapat protein, lemak, karbohidrat, vitamin dan mineral yang seimbang.
Kandungan utama dalam Ener Ener Al-Kurma adalah glukosa (karbohidrat), vitamin
dan mineral, tetapi kurang protein dan lemak. Oleh itu, tidak sesuai digunakan
sebagai makanan gantian.
Q8: Apakah nilai
nutrisi bagi Ener Al-Kurma?
J: Ener Al-Kurma sangat kaya dengan kalium yang merupakan garam
mineral yang paling banyak didalam tubuh manusia, berfungsi untuk membantu
pertumbuhan sel-sel. Kalium merupakan mineral zat mikro penting dalam gizi
makanan; ia membantu dalam pengecutan otot dan pengekalan keseimbangan bendalir
dan elektrolit dalam sel tubuh. Kekurangan kalium akan melemahkan otot-otot
yang menyebabkan keletihan pada otot dan mengganggu fungsi jantung sehingga
terjadi gangguan irama jantung.
Ener Al-Kurma mengandungi vitamin C yang mencukupi, di mana
memiliki fungsi biologi, seperti dalam proses redoks tubuh, pembentukan darah,
detoksifikasi dan sebagainya. Bagi orang tua, vitamin C dapat melindungi tubuh
daripada ancaman radikal bebas dan mengurangkan risiko kanser, mengurangkan
kadar pembentukkan katarak.
Q9: Bolehkah pesakit
diabetes minum Ener Al-Kurma?
J: Boleh minum, tetapi hanya dengan pengambilan 1 botol sehari
yang diasingkan 2 kali untuk diminum dalam tempoh 1 jam.
Q10: Mengapakah rasa
Ener Al-Kurma berubah dari masa ke semasa?
J: Proses pengeluaran Ener Al-Kurma adalah menggunakan kaedah
penapaian, proses penapaian akan menyebabkan zat-zat Ener Al-Kurma dicernakan
menjadi molekul kecil yang mudah diserap oleh tubuh manusia. Namun, selepas
pembotolan, proses penapaian masih berlaku, maka rasa Ener Al-Kurma akan
berubah dari masa ke semasa. Kecuali, pendedahan pada suhu yang tinggi akan
merosakkan semua nutrisi yang akan menghentikan proses penapaian, dan
menyebabkan rasanya tidak akan berubah lagi.
Q11: Apakah mendapan
di bahagian dasar botol Ener Al-Kurma?
J: Mendapan di bahagian dasar botol Ener Al-Kurma adalah fiber
Kurma, boleh diminum. Selulosa dapat membantu dalam pembuangan air besar.
Q12: Adakah Ener
Al-Kurma mengandungi pengawet?
J: Tidak, ia juga tidak diperlukan. Kerana Ener Al-Kurma sangat
kaya dengan gula yang semulajadi, di mana gula tersebut merupakan pengawet jus
ini.
Q13: Apakah bahan
mentah yang digunakan bagi Ener Al-Kurma?
J: Ener Al-Kurma adalah menggunakan sejenis kurma buah palma
yang disebut Kurma Ajwa (KurmaNabi) sebagai bahan mentah. Kami mengabungkan dua
jenis buah-buahan segar dan buah kering. Buah segar mengandungi nilai nutrisi
yang lebih tinggi, yang mana mengalami masalah bermusim; manakala buah kering
tiada masalah bermusim.
Q14: Berapakah botol
Ener Al-Kurma boleh saya minum setiap hari?
J: Jika anda tidak mempunyai penyakit diabetes, boleh minum
sebanyak 3 hingga 5 botol sehari.
Q15: Mengapakah Ener
Al-Kurma begitu manis? Adakah ia telah ditambahkan dengan gula?
J: Kurma (buah-buah palma) mengandungi 75% gula secara
semulajadi, di mana sebahagian besar adalah glukosa, mudah digunakan oleh tubuh
badan, maka Ener Al-Kurma sangat manis. Al-Kumar tidak mengandungi tambahan
gula.
0 comments:
Post a Comment