![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEj8EY-IDTnF3EHjBPVe3OxNaJQLMUYnqMnTwIEZbZZ3lTv9Odm5mQCVwn39KFPxNFGyVS4z4B6V48OBVCHGFBDYo5WRSYfUae6gpr8-Nh6bGkoGgRCIDmhY8V4bnDVRmC3TF5dLH8olrqvr/s1600/enerfiber.jpg)
Musuh Kejelitaan
Ahli-ahli sains, pakar kecantikan, pakar pemakanan sedunia telah
mengesahkan bahawa sebab yang paling utama keuzuran tubuh badan dan penuaan
wajah adalah toksin usus telah memasuki ke dalam darah kita. Toksin usus ini
dihasilkan oleh bakteria basilus kolon semasa penguraian makanan di dalam usus,
ia merupakan musuh kejelitaan yang paling ditakuti. Pada masa kini, makanan
fiber yang utama di Europa dan Japan, menggunakan fungsi semulajadi fiber yang
mempunyai kuasa penyerapan toksin dan air yang tinggi untuk membantu tubuh
badan kita menyingkirkan bahan-bahan buangan daripada badan, keadaan ini bukan
sahaja dapat mengekalkan kebersihan usus kita, malah dapat menceriakan wajah
rupa kita.
Ener Fiber merupakan satu produk makanan fiber inovasi yang
dikaji selidik oleh sekumpulan pakar kecantikan dan pemakanan dengan
menggunakan pelbagai jenis bahan semulajadi seperti buah-buahan, bijirin dan
sayur-sayuran. Fiber dikenali sebagai "Khasiat yang ketujuh" , selain
daripada air, vitamin, karbohidrat dan sebagainya, ia juga dikenali sebagai
"tukang sapu hijau" oleh pakar pemakanan. Fungsinya boleh menyerap
air dan kembang, keadaan ini dapat melembutkan sisa-sisa buangan menjadi
lembut, dengan ini dapat melalui usus dengan cepat, dalam masa yang sama
menggalakkan pergerakan usus, mengurangkan penyerapan bahan toksin,
menyingkirkan toksin badan, memulihkan keadaan nafas berbau, akne dan jerawat,
kulit kasar, pigmentasi dan masalah-masalah kulit yang lain serta menyihatkan
tubuh badan!
![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEh5KIyBOYju1cF43ZsDfqeXAf2I_qlxn3Jpey4KR3_Db_qzX9Vd8cZvZHHMC-l_adQGU6_mTAQX03fCR9SWxgC9PwQnsW6S9kaT_u5yVD52m0J-PMaGh_JdTdrwvRK6kCXLtbqaIbqNj66u/s1600/enerfiber2.jpg)
ENER FIBER (30 sachets/box)
RM268.00 + FREE DELIVERY
BELI 2 RM450.00 (JIMAT RM86.00)
Ener
Fiber : Soalan-soalan yang sering ditanya
1. Apa
itu Ener Fiber ?
J: Ener Fiber adalah sejenis produk serat makanan.
2.
Apakah itu serat makanan?
J: Serat makanan adalah salah satu unsur tumbuhan yang tidak
mudah diserap oleh badan manusia secara langsung. Ia boleh dibahagikan kepada 2
jenis: serat larut air dan serat tidak larut air, yang terutamanya berasal
daripada dinding sel tumbuhan. Serat makanan merupakan khasiat yang penting
untuk kesihatan badan. Ia mengekalkan kesihatan sistem pencernaan di samping
mencegah penyakit jantung dan darah, kanser, penyakit kencing manis dsb.
Makanan harian yang mengandungi serat termasuk biji-bijian, bijirin, gandum,
sayur-sayuran, buah-buahan dan lain-lain lagi, makanan binatang (lembu,
kambing, ikan, makanan laut dsb) tidak mempunyai serat makanan.
3.
Apakah kepentingan serat dalam kesihatan?
J: Pengambilan serat yang mencukupi membantu memelihara
kesihatan sistem pencernaan dan usus badan. Selain itu, serat juga dapat
meningkatkan pergerakan peristalsis gastro usus dan mengelakkan masalah
sembelit. Tambahan pula, ia memberi rasa kekenyangan. Justeru itu, ini membantu
manusia mengurangkan kuantiti pengambilan makanan serta mengawal berat badan.
4.
Siapakah yang memerlukan serat?
J: Setiap orang memerlukan kira-kira 20 - 35 gram serat setiap
hari.
5. Bagaimanakah
serat membantu mengekalkan sistem penghadaman?
J: Serat dapat meningkatkan peristalsis usus. Lendirin serat
berupaya melincinkan usus dan menyingkirkan koprostasis. Selain itu, serat
dapat membantu meningkatkan bilangan bakteria baik dalam usus supaya memelihara
kesihatan sistem penghadaman.
6.
Bagaimanakah serat menbantu mengawal berat badan?
J: Serat berupaya memanjangkan proses penghadaman makanan di
dalam usus kecil dan memberi rasa kekenyangan. Dengan ini, seseorang akan
mengurangkan pengambilan makanan. Selain daripada itu, tabiat makan yang
seimbang serta senaman yang sederhana juga membantu dalam pengawalan berat
badan.
7.
Apakah intipati yang digunakan untuk menghasilkan Ener Fiber?
J: Ener Fiber menggunakan intipati yang 100% semula jadi
daripada buah-buahan, sayuran dan bijirin. Bahannya adalah Serbuk Buah Kiwi,
Serbuk Epal, Serbuk Jambu Batu, Oat, Guar Gum, Oligosakarida, Perasa Lemon
Semulajadi, Wheat Grass, Barley Grass, Spirulina, Stevia dan Klorofil Alfafa.
8.
Adakah Ener Fiber mengandungi bahan pengawet ?
J: Ener Fiber tidak mengandungi sebarang bahan pengawet, bahan
yang mengekalkan kesegaran produk ini adalah kulit lemon semulajadi.
9.
Bagaimana cara mengambil Ener Fiber ?
J: Orang dewasa dicadangkan mengambil 1 - 3 paket sehari manakala
kanak-kanak 1 – 2 paket. Campurkan 1 paket Ener Fiber ke dalam 200- 250 ml air,
minum dengan segera selepas digoncang rata. Boleh diambil bila-bila masa
sebelum atau selepas makan.
10.
Apakah peringkat usia dan keadaan kesihatan yang sesuai untuk mengambil Ener
Fiber?
J: Kanak-kanak yang berusia 3 tahun ke atas sehingga ke warga
tua sesuai untuk mengambil Ener Fiber. Ia juga sesuai untuk sebarang keadaan
kesihatan sama ada mereka yang sihat ataupun sakit.
11. Apakah
perbezaan di antara Ener Fiber dengan produk serat di pasaran luar?
J: Di pasaran luar, produk serat kebanyakannya dihasilkan
daripada perubatan cina (mengandungi duan senna, rubarb dsb), tumbuhan biji(sekam psilium, hempseed dsb) dan perubatan barat, yang mana
teori bantuan pembuangan tersebut hanya berkesan sementara waktu sahaja. Ener
Fiber mengandungi serat makanan yang dikenali sebagai " nutrisi
ke-7". Ia boleh menambahkan saiz tinja, menggalakkan pergerakan usus, dan
seterusnya menggalakkan pembuangan tinja. Ia dapat mengimbangkan pertumbuhan
flora bakteria di dalam usus dan merangsangkan daya gerakan usus supaya tinja
keluar dalam bentuk pisang. Serat makanan juga menggalakkan pembuangan lemak di
dalam usus dan memberi bantuan yang baik kepada mereka yang mempunyai penyakit
kelebihan nutrisi (obesiti, lemak darah tinggi dsb). Secara kesimpulannya, Ener
Fiber merupakan produk serat makanan yang paling selamat dan berkesan di
pasaran.
12.
Apakah tujuan pengambilan Ener Fiber ?
J:
A. Boleh menggalakkan pembuangan sisa –sisa makanan dan toksin
daripada usus.
B. Boleh menggalakkan penyahtoksikan toksin-toksin di dalam
darah.
13.
Apakah fungsi Ener Fiber ?
J:
A. Mengekalkan pembuangan yang normal.
B. Musuh kepada batu hempedu.
C. Mengimbangkan paras gula darah.
D. Meningkatkan sistem imun.
E. Mengurangkan kadar jangkitan kanser.
F. Mengawal berat badan, mengurangkan kolesetrol.
14.
Bolehkah Ener Fiber menyebabkan ketidakselesaan selepas mengambilnya ?
J: Ener Fiber tidak akan menyebabkan keadaan ketidakselesaan
selepas makan, ini adalah disebabkan fungsinya yang sederhana (mild), tidak
menyebabkan kekejangan usus dan pembuangan tinja yang berbentuk cecair.
15.
Adakah Ener Fiber sesuai diambil oleh golongan pesakit khas ?
J: Ener Fiber sesuai diambil oleh golongan pesakit khas seperti
pesakit buasir, fisur dubur, mereka yang tidak dapat bangun, mereka yang
menerima kimoterapi dan sebagainya.
16.
Apakah bahayanya masalah sembelit ?
J: Tinja pada akhirnya akan berkumpul di bahagian usus besar.
Fungsi usus besar adalah menyerap semula air daripada sisa-sisa makanan.
Apabila air di dalam sisa-sisa makanan diserap berlebihan, tinja akan menjadi
kering dan keras. Pada masa yang sama toksin-toksin di dalam tinja juga akan
diserap ke dalam darah. Keadaan ini akan membebankan fungsi hati (sebagai organ
penyahtoksikan). Keadaan ini yang menyebabkan perubahan patologi usus besar.
Sebab inilah yang menambahkan kes jangkitan kanser usus besar tidak dapat
diturunkan. Masalah pengumpulan tinja di usus dalam jangka masa panjang
akhirnya akan menyebabkan penyakit yang menakutkan. Oleh itu kesihatan usus dan
kelancaran pembuangan tinja haruslah dijadikan sebagai panduan penting untuk
menjaga kesihatan kita.
1 comments:
Boleh ka wanita hamil mengambil Ener369?
Post a Comment